22 Disember 2009

12 Golonagn Di Hari Akhirat

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat. 9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya. 11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat." ?

Kelebihan Beristighfar

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.'

Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-
-kesihatan
-umur
-kasih sayang
-anak-anak.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-

1. Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi; Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.

?

Penyakit Hati

Tanda-tanda penyakit hati:

1. Tidak minat belajar

2. Cinta kepada dunia melebihi segala-segalanya (berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala tujuan di dunia

3. Malas beribadat

4. Gemar/seronok untuk buat maksiat

5. Suka dipuji-puji dan bermegah-megah

"Tidak akan masuk syurga seseorang itu jika terdapat perasaan bangga dalam diri walaupun hanya sebesar biji sawi? ---Hadis Nabi---

6. Tidak suka kepada kebajikan

Cara merawat hati:

1. Banyakkan berbuat ibadat

2. Banyakkan berzikir dapat membersihkan hati

?Janganlah kamu mengikut orang yang telah Kami lalaikan dan mengikut nafsu?

---Surah Al-Kahfi 28---

3. Melakukan Qiamullail

4. Banyakkan berpuasa

5. Mancari sumber rezeki yang halal

?

Rahsia Keajaiban Solat

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

21 Disember 2009

Hidupkan Malam

18 Disember 2009

Ayat2 CinTa......

Ampunilah Dosaku....Irhamni Ya Rahman....Ighfir Zunubi....

Tambah Pahala Jauhi Dosa

BerTaubatlah Kita...Sebelum Terlambat

Tambah iLmu Tambah Amal

SaLaM MaaL Hijrah....

23 November 2009

Alhamdulillah......Da Pandai Alya Ni....

da lame ummie aisya x mencatat ni....mmmmm...anak ummie aisya ni.daa pandai...semalam...dia da leh tolak walker nye...sendiri....uuuuu...best le....ke hulu ke hilir umah jln nye.....sampai g dapur opah aisya.....
sebelum ni...dok diam je...dlm walker 2....aisya kate,eee...x best nyeee.alya nk dukung la ummie...sape pun x larat nk dukung dia.....hantap nye...da 7 kg....last week ummie aisya timbang....
tghari....ummie alya nk anto ayah aisya kt KTM Batu gajah.....NK AMEK AISYA DARI WALKER...DIA XNK......amboi3....anak ummie ni.....tp mggu ni aisya x bape sihat.....selsema sket....mudah2an cpat sembuh ye aisya.....Berdoa byk2...
ALLAH CURES

11 November 2009

Semoga Bertambah kasih Sayang

"Isteri cerdik yang solehah..penyejuk mata...penawan hati....." Antara kaedah Pengubatan Jawi.Terapi ini paling berkesan dilakukan kpd suami anda apabila ia pulang dgn keletihan. -Aroma Terapi - Sediakan satu alat pemanas bagi menyemarakkan rumah anda dgn aroma yg sesuai...Biasanya aroma utk penenang yg terbaik ialah myk kenanga.

-Air Bermadu - Sediakan segelas air mineral HPA yg dicampurkan dgn madu lebah Asli @pun kopi radix ber+ madu.Jangan letak diatas meja tetapi hulurkan dari tgn anda dgn ikhlas.

-Rendaman Kaki - Sesekali anda sediakan pula air panas yg di + dgn garam & pokok hempedu bumi untuk rendaman kaki suami.Ini akn melegakan keletihan kakinya berjln mencari rezeki untuk anda sekeluarga.

-Urutan refleksologi - sgt baik & Insya Allah x sampai 5 minit, suami anda akan tertidur.Kalau tujuan tuk membolehkan suami tidur jgn gunakan MBB,kerana akan menyebabkan dia terus segar,sebaliknya gunakan VCO @ myk zaitun.Sewaktu psgn anda sedang tidur berdoalah agar dia diberikan kesihatan & ber+ kuat imannya dari sehari ke sehari.(ikuti kursus refleksologi KPJ)

-Kiro - Kalau diperlukan,anda boleh melakukan kiro pd suami anda.Jika terdapat bunyi yg byk,fahamilah bahawa, dia sdg dilanda dgn byk masalah.Jd jgn di+ dgn mslh lg..(kiro hanya boleh dilakukan oleh mereka yg telah mempelajarinya)

sumber : Jawi Medicinal Herbs BY Tn. Hj Ismail bin Ahmad.

Jangan Makan Racun !!!

Ubatan kimia merupakan usaha yang paling akhir untuk merawat sesuatu penyakit kerana ia akan memberikan kesan sampingan pada penggunanya. Namun begitu,apabila anda telah mengamalkan ubatan kimia dan mahu meninggalkannya, maka lakukanlah sedikit demi sedikit kerana untuk bergantung terus pada ubatan herba dalam jangkamasa yang singkat tidak dicadangkan. Ini kearna herba mengambil tempoh paling kurang 120 hari untuk benar-benar berkesan. Pada peringkat awal tubuh akan mula melakukan penolakan kerana sistem telah diprogramkan oleh tubuh unttuk menerima sesuatu yang baru. Semua ubat-ubatan HPA boleh diambil bersama ubatan kimia kecuali omega3 softgel, garlic, & mengkudu sahaja yang dilarang pengambilannya jika pesakit telah menggunakan ubat pencair darah hospital. sumber : Jawi Medicinal Herbs BY Tn. Hj Ismail bin Hj Ahmad

30 Oktober 2009

TaNaMaN oBaT kELuArGa ( ToGa)

Menanam herba2 ubatan boleh dijadikan hobi yg bermanfaat,terutama yg boleh di jadikan ubat lgsung.Ni la dia...senarai beberapa herba yg boleh ditanam terus atas tanah ataupun dlm pasu/beg plstik warne putih....
  1. Hempedu Bumi - Ubat Demam(ade kt umah opah alya)
  2. Bunga Cina - sakit kepala
  3. Kaca Beling - batu karang
  4. Delima - sakit kulit
  5. Ati2 - senggugut (ade kt umh opah alya)
  6. Daun Senduk - sembelit
  7. Patawali - sakit kulit
  8. Capa - Herba mandian
  9. Pandan Wangi - Gout
  10. Naga Buana - bengkak badan
  11. Serai Wangi - buasir ( ade kt umh opah alya)
  12. Cekur - Buang angin
  13. Halia Merah - Ubat tenaga
  14. Pegaga -Awet Muda ( ade kt umah opah alya)
  15. Roselle -Ulser ( ade kat umah opah Alya)
  16. Ketumpang air - darah tinggi
  17. Serai - Senggugut (ade kt umh opah alya)
  18. Kunyit - pencernaan ( ade kt umh opah alya)
  19. Temu - Buang Angin ( ade kt umh opah alya)
  20. Ruku2 - Batuk

Byk lg herba2 renik yg boleh dijadikan 'TOGA' oleh kita,dgn 2 syarat utama:

  1. guna baja organik HPA
  2. Kene rajin menjaganye.....

Sumber : Jawi Medicinal Herbs BY Tn. Hj Ismail Bin Hj Ahmad